awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
Selangor laksana dasar bekerja dari rumah bermula 15 April - Amirudin
Konflik Asia Barat: Iran sahkah ketua perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki disyaki pecah skrin mesin ATM di Jinjang

Astro Arena
Astro Arena
18/02/2026
15:06 MYT
Polis tahan lelaki disyaki pecah skrin mesin ATM di Jinjang
Basri Sagoni berkata suspek warga tempatan berusia 65 tahun itu ditahan pada 3.21 petang tadi dan polis merampas sebuah motosikal, sebuah topi keledar, pakaian dan seketul batu yang digunakan dalam jenayah berkenaan. - Gambar hiasan/Bernama
Polis menahan seorang lelaki warga emas dipercayai terlibat dalam perbuatan khianat memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di beberapa cawangan bank di sekitar Jinjang di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Basri Sagoni berkata suspek warga tempatan berusia 65 tahun itu ditahan pada 3.21 petang tadi dan polis merampas sebuah motosikal, sebuah topi keledar, pakaian dan seketul batu yang digunakan dalam jenayah berkenaan.
"Siasatan awal mendapati suspek memecahkan skrin mesin berkenaan menggunakan objek batu kerana tidak berpuas hati selepas gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dengan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan lima kes khianat pecah skrin mesin ATM yang dilaporkan sebelum ini.
Basri berkata siasatan lanjut diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki disyaki terlibat dalam siri kes khianat memecahkan beberapa mesin ATM di sekitar Jinjang dengan anggaran kerugian RM64,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesin ATM
#polis
#topi keledar
#Batu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan