awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki disyaki rogol anak tiri warga Filipina

Sinar Harian
Sinar Harian
05/12/2023
10:44 MYT
Polis tahan lelaki disyaki rogol anak tiri warga Filipina
Polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada mangsa yang juga merupakan warga Filipina dan bekerja di sebuah kedai makanan Arab. - Gambar hiasan
ISKANDAR PUTERI: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki merogol anak tirinya yang berusia 18 tahun di Bukit Horizon dekat sini 24 November lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, polis telah menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada mangsa yang juga merupakan warga Filipina dan bekerja di sebuah kedai makanan Arab.
“Pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Iskandar Puteri telah menahan suspek ketika suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada jam 11.30 malam, 24 November lalu.
“Bagaimanapun, suspek tidak mengaku salah dan menafikan ada melakukan perbuatan (rogol) ke atas mangsa biarpun mangsa sebelum itu memaklumkan dirogol sejak berusia 12 tahun.
“Hasil siasatan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencingnya negatif dadah,” katanya.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.
Dalam pada itu, Rahmat berkata, sehingga kini seramai lima saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan termasuk doktor daripada Hospital Sultanah Aminah yang membuat pemeriksaan ke atas mangsa.
"Siasatan masih diteruskan bagi mendapatkan lain-lain bukti dan melengkapkan kertas siasatan untuk pertuduhan di mahkamah," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rogol anak tiri
#Johor
#wanita filipina
#Remaja perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan