awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki kurung dan ugut teman wanita

Bernama
Bernama
23/01/2018
06:03 MYT
Polis tahan lelaki kurung dan ugut teman wanita
Suspek berusia 30 tahun yang ditahan kira-kira 1.30 pagi itu bertindak demikian dipercayai untuk meminta wang daripada keluarga teman wanitanya itu.
Polis menahan seorang penganggur awal hari ini kerana disyaki mengurung dan melakukan ugutan jenayah ke atas teman wanitanya sejak 15 Jan lepas di sebuah bilik sewa di Jalan Empelam di sini.
Suspek berusia 30 tahun yang ditahan kira-kira 1.30 pagi itu bertindak demikian dipercayai untuk meminta wang daripada keluarga teman wanitanya itu.
Mereka dikatakan telah tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan sejak 10 tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan penahanan itu berkata, suspek juga mengugut untuk mencederakan teman wanita yang berusia 23 tahun dan keluarganya.
Beliau berkata suspek telah memaksa mangsa meminta wang daripada makciknya kira-kira 2 petang semalam, bagaimanapun mangsa berjaya melepaskan diri dan terus membuat laporan polis.
"Pengadu percaya teman lelakinya berada di bawah pengaruh dadah," katanya dan menambah mangsa telah dipukul dan ditendang di bahagian badan dan kaki oleh suspek selain dipaksa melakukan hubungan seks tanpa kerelaan mangsa.
Stanley berkata mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Sibu sebagai pesakit luar manakala suspek akan direman untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Empelam
#kurung
#mengurung
#penganggur
#Sibu
#teman wanita
#ugutan jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan