awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki langgar wanita hingga maut

Bernama
Bernama
07/04/2017
11:49 MYT
Polis tahan lelaki langgar wanita hingga maut
Dalam kejadian 1.20 tengah hari semalam, Foo Swee Wah, 58, dilanggar ketika sedang melintas di laluan melintas pejalan kaki yang disediakan di kawasan berkenaan. - Gambar fail
Polis menahan seorang penunggang motosikal semasa mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini akibat cedera selepas melanggar seorang wanita di Jalan Burma di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berumur 44 tahun itu ditahan kerana menyebabkan wanita itu mati.
"Lelaki itu kini menerima rawatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Siasatan lanjut kes itu masih dijalankan," katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian 1.20 tengah hari semalam, Foo Swee Wah, 58, dilanggar ketika sedang melintas di laluan melintas pejalan kaki yang disediakan di kawasan berkenaan.
Wanita itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di zon merah wad kecemasan Hospital Pulau Pinang pada 8.45 malam tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera
#maut
#siasatan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan