awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pemilik stesen minyak berhubung aksi 'drift'

Salim Aziz
Salim Aziz
01/06/2020
08:03 MYT
Polis tahan pemilik stesen minyak berhubung aksi 'drift'
Kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan polis, pagi tadi dan dijangka dituduh dalam masa terdekat. - Foto PDRM
Padah melakukan aksi ‘drift’ di sebuah stesen minyak di Kubang Gajah dekat Arau, Perlis, seorang pemandu dan pemilik stesen minyak yang membenarkan aksi itu dilakukan, diberkas polis pada 8.45 malam semalam.
Kedua-duanya ditahan selepas mereka hadir dan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau.
Aksi video berdurasi 16 saat yang tular itu antara lain memaparkan sebuah kereta yang melakukan dua kali pusingan ‘drift’, dalam keadaan berbahaya di stesen minyak berkenaan.
Video yang dipercayai dirakam pada waktu malam, beberapa hari lalu itu, mula tular di media sosial sejak petang semalam.
Menurut Pemangku Ketua Jabatan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perlis, Asisten Superintendan Mohd Rizal Emran, polis turut merampas kereta jenis Subaru BRZ berwarna biru yang disimpan di perkarangan rumah pemandu terbabit, bagi tujuan siasatan.
Kata Mohd Rizal, aksi ‘drift’ yang mendapat ‘restu’ pemilik stesen minyak berusia 35 tahun itu, dilakukan seorang lelaki berusia 38 tahun yang dibimbangi menyebabkan kemalangan, kebakaran dan kerosakan kepada stesen minyak terbabit.
Namun begitu, kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan polis, pagi tadi dan dijangka dituduh dalam masa terdekat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 kurungan 1 dan 81 kurungan 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#drift
#kebakaran
#kemalangan
#kereta
#Media
#media sosial
#minyak
#pemilik stesen minyak
#Perlis
#polis
#siasatan
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan