awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000

Bernama
Bernama
11/11/2024
15:50 MYT
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Zulkafli (dua,kanan) menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini. - Gambar Bernama
IPOH: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 petang 31 Okt lepas, polis menahan seorang suspek berumur 41 tahun sekitar sini, yang membawa polis kepada serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan St John, Rabu lepas.
Beliau berkata dalam serbuan itu polis menemukan 42 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dianggarkan seberat 18.9 kilogram serta dua ketulan mampat daun kering dipercayai dadah jenis ganja seberat 961 gram di dalam rumah berkenaan.
Zulkafli berkata seterusnya polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun yang merupakan dalang sindiket itu di Jalan Panglima Bukit Gangang Wahab di sini pada 1.30 tengah hari Khamis lepas, dan seorang lagi suspek berumur 45 tahun di sebuah rumah di Taman Mas di sini kira-kira setengah jam kemudian.
"Suspek pertama positif dadah jenis methamphetamine manakala ujian air kencing ke atas dua lagi lelaki mendapati kedua-duanya negatif dadah. Dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata polis turut menyita dua kereta, sebuah motosikal serta barang-barang kemas yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM105,680 dan siasatan mendapati sindiket berkenaan mula aktif sejak Ogos lepas.
"Semua suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#sindiket pengedaran dadah
#daun kering
#ganja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan