awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Imej papan induk NVIDIA N1 tular, cetus spekulasi cip komputer riba baharu
Pelajar USM wakili Malaysia pada pertandingan roket di AS
Palestin masih tidak selamat 6 bulan selepas gencatan senjata Gaza - Ketua Hak Asasi PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis teliti Himpunan Aman #TangkapAzamBaki, pastikan tiada unsur 3R

Astro AWANI
Astro AWANI
15/02/2026
11:50 MYT
Polis teliti Himpunan Aman #TangkapAzamBaki, pastikan tiada unsur 3R
Perhimpunan bermula kira-kira pukul 4 petang di kawasan pusat beli-belah Sogo sebelum bergerak perlahan ke Dataran Merdeka, dan berakhir sekitar pukul 6.30 petang dengan pemantauan rapi daripada pihak polis. - Astro AWANI
Pihak polis akan menjalankan penelitian menyeluruh terhadap keseluruhan Himpunan Aman #TangkapAzamBaki yang berlangsung di ibu negara pada Ahad, walaupun perhimpunan itu berakhir secara aman.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata proses semakan dilakukan melalui risikan dan pemerhatian dari awal hingga tamat himpunan bagi memastikan tiada isu yang menyentuh sensitiviti berkaitan perkauman, agama, dan institusi diraja (3R).
“Walaupun perhimpunan berjalan lancar, polis akan meneliti setiap aspek bagi memastikan tiada kandungan yang menimbulkan masalah berkenaan 3R. Sekiranya terdapat sebarang isu, tindakan segera akan diambil termasuk membuka siasatan lanjut,” kata beliau pada sidang media di Dataran Merdeka pada Ahad.
Beliau menegaskan bahawa perhimpunan berjalan tanpa sebarang kejadian yang menjejaskan ketenteraman awam dan pihak polis amat menghargai kerjasama penganjur serta orang ramai yang mematuhi arahan pihak berkuasa.
Perhimpunan bermula kira-kira pukul 4 petang di kawasan pusat beli-belah Sogo sebelum bergerak perlahan ke Dataran Merdeka, dan berakhir sekitar pukul 6.30 petang dengan pemantauan rapi daripada pihak polis.
“Anggaran kehadiran lebih kurang 200 orang termasuk penganjur dan penceramah. Sebanyak 600 anggota polis dikerahkan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perhimpunan,” katanya.
Beliau berkata, anggota yang terlibat termasuk daripada IPD Dang Wangi, IPK Kuala Lumpur, serta bantuan daripada kawasan berhampiran, bagi memastikan pemantauan menyeluruh sepanjang perhimpunan.
Himpunan berkanaan dianjurkan oleh Sekretariat Tangkap Azam Baki dengan tujuan menyuarakan beberapa tuntutan berkaitan isu rasuah dan kebertanggungjawaban institusi penguat kuasa.
Peserta membawa pelbagai sepanduk menuntut tindakan tertentu, manakala beberapa ucapan disampaikan sepanjang acara berlangsung sebelum himpunan berakhir tanpa insiden.
Katanya, polis akan terus memantau sebarang aktiviti berkaitan dan memastikan setiap langkah keselamatan diambil demi mengekalkan ketenteraman awam.
“Kerjasama daripada penganjur dan masyarakat amat penting. Ini membolehkan perhimpunan berjalan dengan aman tanpa mengganggu keamanan bandar dan masyarakat sekitar,” katanya.
Topic Berkaitan
#polis
#teliti
#Perhimpunan Aman
#Tan Seri Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan