awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tingkat rondaan menjelang Tahun Baharu Cina

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2022
21:31 MYT
Polis tingkat rondaan menjelang Tahun Baharu Cina
Polis akan mengatur gerak Operasi Pencegahan Jenayah serta membuat pemeriksaan di kawasan tumpuan orang ramai bagi memastikan keselamatan dan pematuhan terhadap SOP. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Daerah Brickfields akan mempertingkatkan rondaan kawalan keselamatan di kawasan kediaman yang ditinggalkan bagi memastikan tidak berlakunya kejadian pecah rumah dan curi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, orang ramai perlu memastikan kediaman serta premis perniagaan telah dikunci bagi mengelakkan kejadian jenayah.
"Orang ramai juga perlu memaklumkan pada pihak polis di balai polis yang berhampiran bahawa premis akan ditinggalkan.
"Maklumkan juga kepada jiran untuk membantu memerhatikan kediaman anda sepanjang ketiadaan ketika pulang ke kampung halaman," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Amihizam berkata, pihaknya akan mengatur gerak Operasi Pencegahan Jenayah serta membuat pemeriksaan di kawasan tumpuan orang ramai bagi memastikan keselamatan dan pematuhan terhadap (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa Empat.
"Ia bagi membendung penularan wabak COVID-19 semasa berkumpul bersama keluarga mahupun sahabat handai sama ada di kediaman atau di premis serta restoran," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#polis ronda
#jenayah
#pecah rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan