awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas ‘Geng Ali’ curi kabel TM di daerah Kuala Muda

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
31/07/2025
04:35 MYT
Polis tumpas ‘Geng Ali’ curi kabel TM di daerah Kuala Muda
ACP Hanyan menunjukkan barangan aset milik TM yang dirampas menerusi Op Pintu sepanjang bulan ini. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Polis berjaya menyelesaikan kes kecurian aset milik Telekom Malaysia (TM) di sekitar daerah Kuala Muda susulan penahanan dua suspek lelaki dipercayai anggota ‘Geng Ali’ pada 23 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata, suspek yang masing-masing berusia 24 dan 27 tahun itu ditahan menerusi Op Pintu yang dilaksanakan sepanjang bulan ini.
"Kita menerima aduan mengenai peningkatan kes kecurian aset milik TM. Ini merupakan kes pertama yang diterima membabitkan kad kabinet TM yang menyebabkan perkhidmatan Streamyx terganggu.
"Polis turut merampas 29 kad kabinet TM (Streamyx) dan satu kotak kad kabinet TM.
"Kedua-dua suspek yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, hari ini.
Katanya, modus operandi kumpulan ini mensasarkan kawasan pencawang milik TM yang berada di tepi jalan kerana mudah untuk mereka mencuri dan menjualnya ke premis barang lusuh.
"Kegiatan kumpulan ini menyebabkan TM kerugian kira-kira RM80,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.
Topic Berkaitan
#Telekom Malaysia
#Curi Kabel
#Hanyan Ramlan
#Geng Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan