awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tunggu laporan forensik berhubung bahan letupan sebabkan kematian pelayan restoran

Bernama
Bernama
30/12/2022
10:53 MYT
Polis tunggu laporan forensik berhubung bahan letupan sebabkan kematian pelayan restoran
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata setakat ini siasatan kes itu sedang dijalankan merangkumi semua aspek. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Polis sedang menunggu laporan forensik bagi mengenal pasti isi kandungan bahan letupan yang digunakan hingga menyebabkan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang dekat sini, maut malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata setakat ini siasatan kes itu sedang dijalankan merangkumi semua aspek.
"Kami masih mengesan suspek yang terlibat," katanya kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Selangor di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.
Mengulas dakwaan sebuah hantaran yang tular di media sosial, mendakwa bahan letupan itu merupakan buatan sendiri, Sasikala berkata perkara itu juga sedang disiasat.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun maut selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya menerima panggilan orang awam memaklumkan ada bunyi letupan di tempat kejadian yang berlaku pada 8.55 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan forensik
#kematian pelayan restoran
#Polis Selangor
#Pandan Indah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan