awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos Malaysia sahkan polis tahan suspek berhubung penipuan derma di Facebook

Bernama
Bernama
21/05/2020
20:16 MYT
Pos Malaysia sahkan polis tahan suspek berhubung penipuan derma di Facebook
Pos Malaysia mengesahkan polis telah menahan seorang suspek berhubung penipuan kutipan derma di Facebook.
Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) pada Khamis mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang suspek berhubung penipuan kutipan derma di Facebook.
"Kami memuji tindakan pantas PDRM untuk membawa scammer ke muka pengadilan dan menghentikan eksploitasi atas kebaikan rakyat Malaysia," menurut Pos Malaysia dalam satu kenyataan.
Pos Malaysia turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati tentang penipuan kutipan derma di Facebook dan mengelak membuat hantaran bersifat memfitnah.
Ia susulan hantaran di media sosial oleh pengguna Facebook yang viral apabila seorang pekerja Pos Malaysia dikatakan menangis di luar sebuah rumah selepas menyampaikan bungkusan.
Sumber Facebook PosMalaysiaBerhad
Pos Malaysia komited terhadap kebajikan pekerjanya. Walaupun menghadapi cabaran akibat pandemik COVID-19, ia terus melindungi kehidupan lebih 15,000 anggota barisan hadapan dan kakitangan sokongan operasi di samping memastikan keperluan mereka diutamakan.
"Kami berharap orang ramai akan terus memberikan sokongan dan memahami semasa tempoh ini," menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat terkini mengenai perkhidmatan dan aktiviti Pos Malaysia, sila log masuk ke pos.com.my, Facebook (facebook.com/PosMalaysiaBerhad), Twitter (twitter.com/pos4you) dan Instagram (instagram.com/pos4you).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hentikan eksploitasi atas kebaikan rakyat Malaysia
#PDRM
#penipuan kutipan derma
#pos malaysia
#scammerhantaran bersifat memfitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan