awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
43 individu dipercayai serang pusat hiburan diberkas
Selangor bakal terima RM3 juta dari FIFA?
[EKSKLUSIF] Situasi semakin serius, tingkap masa tindakan semakin sempit - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPPBM mohon 6,000 liter diesel bersubsidi sebulan

Bernama
Bernama
07/04/2026
10:29 MYT
PPPBM mohon 6,000 liter diesel bersubsidi sebulan
Mahazir (duduk, tengah) bersama lebih 50 pengusaha bas persiaran pada sidang media di Gombak, semalam. --fotoBERNAMA
Persatuan Pengusaha Bas Bumiputera Malaysia (PPPBM) mencadangkan kerajaan menyediakan 6,000 liter diesel bersubsidi sebulan bagi setiap bas persiaran dan 4,000 liter bagi setiap van persiaran bagi membantu menstabilkan kos operasi industri itu.

Pengerusi PPPBM Mahazir Mat Din berkata langkah tersebut penting bagi membantu pengusaha bas persiaran yang kini berdepan tekanan akibat kenaikan kos bahan api.

“Kenaikan harga diesel yang berterusan menjejaskan keuntungan kami. Kami baru pulih daripada pandemik COVID-19 dan masih menanggung komitmen pinjaman kenderaan. Apabila harga diesel meningkat berganda, kami terpaksa menanggung kerugian setiap kali bas bergerak.

“Ramai pelanggan membatalkan tempahan mereka. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan pengusaha, malah menyebabkan kehilangan pekerjaan dalam kalangan pemandu dan kakitangan syarikat,” katanya pada sidang media di Gombak, dekat sini semalam.

Sidang media itu dihadiri lebih 50 pengusaha dan pemandu bas yang mewakili PPPBM, Persatuan Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan Kedua (GAPP) dan Persatuan Van Persiaran Malaysia (PVPM).

Sementara itu, Presiden GAPP Datuk Abdul Aziz Ismail Gani berharap kerajaan memberi perhatian terhadap rayuan pengusaha industri pelancongan.

“Kami merayu kerajaan cakna dengan keadaan kami. Sekurang-kurangnya, pemberian diesel bersubsidi mampu memberi kelegaan kepada pengusaha yang sedang menanggung kos operasi tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha PPPBM Mahadi Izady Maharazi pula berkata majoriti pelanggan bas persiaran adalah pelancong tempatan termasuk rombongan sekolah, jabatan kerajaan dan persatuan.

“Sekitar 80 hingga 85 peratus pelanggan kami adalah rakyat tempatan. Tanpa subsidi diesel, kos operasi meningkat antara 25 hingga 40 peratus dan ini menyebabkan banyak tempahan terpaksa dibatalkan,” katanya.

Beliau berkata bantuan tersebut bukan sahaja dapat menyelamatkan industri bas pelancongan, malah turut membantu merancakkan sektor pelancongan domestik serta ekonomi tempatan yang bergantung kepada pergerakan pelancong.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#PPPBM
#GAP
#subsidi
#diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan