awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah - Ahmad Zahid
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo berlepas ke Moscow, adakan perbincangan dengan Putin

Bernama
Bernama
13/04/2026
02:10 MYT
Prabowo berlepas ke Moscow, adakan perbincangan dengan Putin
Lawatan Prabowo ke Rusia kali ini merupakan yang ketiga. - Foto fail/AP
Presiden Indonesia Prabowo Subianto berlepas ke Moscow, Rusia untuk bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin, dengan perbincangan dijangka merangkumi pelbagai isu strategik di tengah dinamik global yang sedang berubah.
Setiausaha Kabinet Teddy Indra Wijaya berkata Prabowo dan delegasinya berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Halim Perdanakusuma di sini kira-kira 11.10 malam waktu tempatan Ahad, dan dijadual mengadakan pertemuan dengan Putin pada petang Isnin sebaik tiba di Moscow.
“Penerbangan ke Moscow akan mengambil masa 12 jam tanpa henti menggunakan pesawat Garuda Indonesia-1, PK-GIF,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Biro Akhbar, Media dan Maklumat Sekretariat Presiden pada Isnin.
Teddy berkata kedua-dua pemimpin itu dijangka memberi tumpuan kepada keselamatan tenaga, kerjasama berterusan dengan kerajaan Rusia serta memastikan kestabilan bekalan tenaga negara, termasuk ketersediaan minyak.
Beliau berkata perbincangan itu turut meliputi perkembangan geopolitik global, dengan Indonesia dijangka menyampaikan pendirian strategiknya dalam mengekalkan kestabilan dan keamanan dunia.
Beliau berkata Prabowo diiringi Menteri Luar Sugiono dan Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Bahlil Lahadalia.
Beliau berkata lawatan Prabowo ke Rusia kali ini merupakan yang ketiga, selepas lawatan keduanya pada 10 Dis 2025 dan lawatan pertamanya ke Saint Petersburg pada 18 hingga 20 Jun 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Prabowo Subianto
#Vladimir Putin
#perbincangan
#isu global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan