awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel - PM Meloni
PM Australia Albanese lawat Malaysia pada 15-17 April, fokus kepada keselamatan tenaga
Malaysia perkukuh kedudukan global acara perniagaan di TMS APAC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo lawat Rusia hujung minggu ini, bincang isu geopolitik dan tenaga dengan Putin

Astro AWANI
Astro AWANI
11/04/2026
16:00 MYT
Prabowo lawat Rusia hujung minggu ini, bincang isu geopolitik dan tenaga dengan Putin
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Prabowo telah melawat beberapa negara termasuk Jepun dan Korea Selatan sebagai usaha untuk mengurangkan kesan potensi krisis minyak global terhadap Indonesia. - Gambar fail
Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijadual mengadakan lawatan ke Moscow pada hujung minggu ini untuk bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin bagi membincangkan perkembangan geopolitik dan isu tenaga.
Menteri Luar Sugiono berkata lawatan itu mencerminkan usaha Indonesia untuk melindungi kepentingan strategik dan tenaganya, lapor Agensi Berita ANTARA.
"(Presiden) akan berlepas minggu ini. Ini adalah sesuatu yang sangat strategik buat Indonesia. Beliau akan bertemu Presiden Putin," katanya pada Sabtu.
Lawatan itu dilakukan ketika kebimbangan mengenai krisis tenaga global semakin memuncak, terutamanya susulan konflik di wilayah Teluk serta gangguan pada laluan bekalan minyak, termasuk di Selat Hormuz.
Kunjungan Prabowo ke Rusia kali ini merupakan lawatan ketiganya, selepas lawatan kedua ke Moscow pada 10 Disember 2025, dan lawatan pertama ke Saint Petersburg dari 18 hingga 20 Jun 2025.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Prabowo telah melawat beberapa negara termasuk Jepun dan Korea Selatan sebagai usaha untuk mengurangkan kesan potensi krisis minyak global terhadap Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Krisis minyak global
#konflik
#Asia Barat
#kepentingan strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan