awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isyarat awal “Super El Nino” timbul risiko cuaca melampau global
Harga MSM dijangka terus meningkat susulan mandat biodiesel, harga minyak tinggi - CIMB Securities
3 rakyat Malaysia ditahan, 97kg syabu dirampas dalam tren Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo sedia tarik diri daripada Lembaga Keamanan jika tiada manfaat untuk Palestin

Astro AWANI
Astro AWANI
06/03/2026
08:10 MYT
Prabowo sedia tarik diri daripada Lembaga Keamanan  jika tiada manfaat untuk Palestin
Menerusi kenyataan pejabat komunikasi kerajaan hari ini, Prabowo (foto) mengadakan pertemuan bersama pemimpin kumpulan Islam pada Khamis malam bagi menjelaskan rasional penyertaan Indonesia dalam inisiatif tersebut. -Gambar fail
Presiden Indonesia Prabowo Subianto memberi jaminan kepada kumpulan Islam di negara itu beliau akan menarik diri daripada Lembaga Keamanan (Board of Peace) cetusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump jika platform tersebut tidak membawa manfaat kepada Palestin.
Langkah berkenaan diambil susulan kritikan pelbagai pihak termasuk pakar dan pertubuhan Islam yang menyifatkan penglibatan Indonesia — negara majoriti Muslim terbesar dunia — dalam lembaga itu serta keputusan menghantar pasukan pengaman ke Gaza boleh menjejaskan sokongan teguh Jakarta terhadap perjuangan Palestin.
Menerusi kenyataan pejabat komunikasi kerajaan hari ini, Prabowo mengadakan pertemuan bersama pemimpin kumpulan Islam pada Khamis malam bagi menjelaskan rasional penyertaan Indonesia dalam inisiatif tersebut.
"Presiden menyatakan jika beliau melihat tiada lagi manfaat untuk Palestin dan ia tidak selari dengan kepentingan nasional Indonesia, beliau akan menarik diri," kata wakil Front Persaudaraan Islam, Hanif Alatas, yang dipetik dalam kenyataan tersebut.
Sebelum ini, Majlis Ulama Indonesia (MUI) menggesa kerajaan keluar daripada lembaga berkenaan ekoran peranan AS dalam peperangan yang sedang berlaku di Iran, manakala pertubuhan Islam terbesar, Nahdlatul Ulama, berpendapat platform itu wajar digunakan bagi menggalakkan penyahskalaan konflik di rantau Asia Barat.
Prabowo dijadualkan melawat Washington akhir bulan ini bagi menghadiri mesyuarat pertama lembaga tersebut atas jemputan Trump, di tengah-tengah bantahan berterusan di luar Kedutaan AS di Jakarta yang menuntut pembatalan penglibatan Indonesia dalam pasukan pengaman pelbagai nasional di Gaza.
Topic Berkaitan
#Prabowo Subianto
#Indonesia
#Board of Peace
#Donald Trump
#Palestin
#dasar luar Indonesia
#Majlis Ulama Indonesia
#Nahdlatul Ulama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan