awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
GSF 2.0 mulakan pelayaran menuju Gaza
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo ulangi gesaan agar pencak silat disenaraikan dalam Sukan Olimpik

Bernama
Bernama
11/04/2026
09:53 MYT
Prabowo ulangi gesaan agar pencak silat disenaraikan dalam Sukan Olimpik
Prabowo, yang juga merupakan Pengerusi Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI), mengakui cabaran besar yang menanti dan menekankan keperluan untuk usaha berterusan bagi memajukan sukan itu di peringkat antarabangsa. - Gambar fail/hiasan/BERNAMA
Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengulangi gesaan agar seni pertahanan diri pencak silat disenaraikan dalam Sukan Olimpik, sambil menzahirkan keyakinan bahawa sukan tradisional itu akan mendapat pengiktirafan global yang lebih meluas.
Prabowo, yang juga merupakan Pengerusi Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI), mengakui cabaran besar yang menanti dan menekankan keperluan untuk usaha berterusan bagi memajukan sukan itu di peringkat antarabangsa.
"Perjalanan masih jauh. Kita berharap pencak silat akan disenaraikan dalam Olimpik. Kita yakin ia akan tercapai," katanya semasa merasmikan Kongres Nasional IPSI Ke-16 pada Sabtu.
Sementara itu, beliau turut memohon maaf kerana belum berjaya membawa pencak silat ke pentas Olimpik sepanjang tempoh perkhidmatannya dan berharap penggantinya kelak dapat merealisasikan matlamat berkenaan.
Prabowo, yang turut mengumumkan tidak akan bertanding semula bagi jawatan Pengerusi IPSI, menegaskan bahawa usaha mengejar penyertaan Olimpik tidak seharusnya diberi penekanan melampau sehingga mengabaikan keutamaan asal iaitu memelihara keaslian dan mutu pencak silat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Prabowo
#silat
#Olimpik
#seni bela diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan