awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premis ingkar SOP, langgar arahan akan diarah tutup serta-merta - Timbalan Perdana Menteri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/07/2021
09:59 MYT
Premis ingkar SOP, langgar arahan akan diarah tutup serta-merta - Timbalan Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri memberi amaran akan mengeluarkan notis penutupan serta-merta kepada mana-mana premis yang masih berdegil. - Gambar fail/PDRM
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran akan mengeluarkan notis penutupan serta-merta kepada mana-mana premis yang masih berdegil dan melanggar arahan pihak berkuasa.
Hari ini, kata beliau, sebanyak 65 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan lagi diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
"Semalam sahaja sebanyak 180 kilang dan premis perniagaan telah dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan dan pada hari ini, 65 premis turut dikenakan tindakan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri menambah, kerajaan tidak akan berkompromi jika terdapat perlanggaran arahan serta SOP dalam apa juga situasi kerana apa yang menjadi keutamaan kini adalah keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Menurut beliau, pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan 84,976 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara pada Khamis dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,133 orang.
Katanya, pemeriksaan dilaksanakan ke atas 2,309 kilang, 14,237 premis perniagaan, 833 tapak pembinaan dan 322 asrama penempatan pekerja.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Timbalan Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#COVID-19
#SOP
#kilang
#diarah tutup
#ingkar SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan