awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premis khusus jual minuman keras di KL dilarang beroperasi hingga 14 Jun

Bernama
Bernama
04/06/2021
20:00 MYT
Premis khusus jual minuman keras di KL dilarang beroperasi hingga 14 Jun
Penjualan minuman keras masih dibenarkan di kedai serbaneka, pasar raya dan kedai runcit sepanjang tempoh itu. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Premis yang khusus menjual minuman keras di ibu kota tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh hingga 14 Jun ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataannya memaklumkan penjualan minuman keras masih dibenarkan di kedai serbaneka, pasar raya dan kedai runcit sepanjang tempoh itu.
"Menurut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), premis yang terlibat dengan penjualan makanan hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam dengan konsep bawa pulang sahaja.
Sebelum ini media melaporkan, ada dalam kalangan kumpulan peniaga keliru sama ada penjualan arak sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dibenarkan beroperasi atau tidak.
Ia susulan arahan MKN Selasa lalu, yang menghendaki semua operasi kilang menghasilkan minuman beralkohol dihentikan sementara sepanjang tempoh itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#DBKL
#SOP
#Kuala Lumpur
#perintah kawalan pergerakan
#Majlis Keselamatan Negara
#minuman keras
#sekatan pergerakan penuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan