awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Kajang: BN mesti lawan - Dr Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2014
09:18 MYT
PRK DUN Kajang: BN mesti lawan - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Barisan Nasional (BN) mesti bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Dr Mahathir berkata bukan amalan BN untuk memberikan kemenangan mudah kepada seterunya biarpun banyak pihak menggesa supaya parti itu tidak bertanding.
"Kita telah bertanding dalam semua pilihan raya. Kita tidak akan memberikan kemenangan yang mudah untuk sesiapa sahaja," katanya ketiak mengulas desakan beberapa pihak yang berpendapat PRK DUN Kajang satu pembaziran wang.
Dr Mahathir berpendapat terpulang kepada pimpinan BN sama ada mahu MCA memberi peluang kepada UMNO untuk bertanding kali ini atau tidak.
Bagaimanapun beliau menegaskan, MCA perlu diberi peluang untuk bertanding di DUN Kajang.
"Parti-parti perlu membuat kemunculan semula. Saya berharap rakyat faham MCA membuat kemunculan semula dan mereka perlu memberi peluang kepada parti itu," kata bekas Perdana Menteri.
Kerusi DUN Kajang di Selangor kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.
PKR mengumumkan bahawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon dalam PRK DUN Kajang.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#BN
#DUN
#Kajang
#Khalid Ibrahim
#pilihan raya kecil
#PKR
#PR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan