awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kimanis: Kes mahkamah tak jejas semangat Bung Moktar

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
06/01/2020
22:21 MYT
PRK Kimanis: Kes mahkamah tak jejas semangat Bung Moktar
BUNG MOKTAR: Tiada kebimbangan, sebab saya sudah biasa, saya sudah redha, tekad, tawakal bahawa Allah tidak akan menyusahkan orang yang tidak berdosa, InsyaAllah. - Gambar fail
"Kapal belayar di waktu malam, mari menuju lautan dalam; Kalau nakhoda yang faham, di situ kapal tenggelam."
Itulah jawapan ala pantun yang diberikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika menjawab pertanyaan media mengenai kes yang kini dihadapinya di mahkamah.
Katanya, perbicaraan kes mahkamah berkaitan, berhubung pelaburan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (Felcra) baru-baru ini, sedikit pun tidak melenturkan semangatnya untuk terus beraksi dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.
Bahkan, menurut Bung, kes dihadapinya di mahkamah tidak akan menimbulkan sebarang persepsi negatif terhadap calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.
Malah, katanya, ia akan memberi semangat kepada dirinya dan juga jentera parti untuk mempertahankan kerusi Parlimen P176 itu.
"Tiada kebimbangan, sebab saya sudah biasa, saya sudah redha, tekad, tawakal bahawa Allah tidak akan menyusahkan orang yang tidak berdosa, InsyaAllah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berceramah dalam kempen pilihan raya BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mandahan, Bongawan, malam tadi.
Sementara itu, mengulas mengenai keberkesanan Muafakat Nasional yang kini diusahakan UMNO, BN dan juga PAS, Bung berpendapat ia akan membuahkan hasil di Sabah.
Tambahnya, pihak pembangkang tempatan lain seperti PBS dan STAR turut dijangka bersama-sama BN untuk turun berkempen dalam usaha memperhebatkan jentera parti.
"Ini telah diterima pakai. Di Sabah pun tidak ada masalah, sebab itu kita diberi autonomi.
"Kita boleh berpakat mana-mana. Sebab itu PBS akan turun membantu, STAR akan turun membantu, dan mana-mana pihak pembangkang di Sabah juga akan turut membantu," katanya.
Topic Berkaitan
#autonomi
#Barisan Nasional
#Bung Moktar Radin
#calon
#FELCRA
#mahkamah
#Muafakat Nasional
#Parlimen
#pembangkang
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#Sabah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan