awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Mahkota: Syed Hussien rayu pengundi pulang, terjemahkan sokongan dalam peti undi

Bernama
Bernama
27/09/2024
12:15 MYT
PRK Mahkota: Syed Hussien rayu pengundi pulang, terjemahkan sokongan dalam peti undi
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah, beramah mesra bersama jemaah selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Ikram, Taman Seri Kluang hari ini. - Foto BERNAMA
KLUANG: Calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah sekali lagi merayu supaya pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, pulang mengundi esok.
Beliau berkata sokongan pengundi perlu diterjemahkan dalam kotak undi, bagi membolehkan usaha membina masa hadapan yang lebih baik kepada seluruh warga Mahkota dapat dilaksanakan, menerusi pentadbiran kerajaan negeri.
"Kita sudah menyantuni lebih daripada jumlah majoriti pengundi di sini, daripada pelbagai lapisan masyarakat dan tempat, yang kita dengar dan ambil hasrat serta cita-cita mereka.
"Alhamdulillah, sepanjang kempen saya nampak semangat keluarga besar Mahkota. Semangat kepelbagaian kaum dan agama untuk sama-sama harmoni dan ini yang perlu kita teruskan," katanya semasa ditemui hari ini.
Ditanya mengenai perbuatan pembangkang yang cuba menjatuhkan reputasinya dengan dakwaan kes jenayah, Syed Hussien berkata perkara itu tidak benar dan ia tidak menjejaskan momentum kempen.
"Tidak benar dan polis juga telah memberi kenyataan (dirinya tidak mempunyai rekod jenayah atau pernah dituduh di mahkamah). Jadi lebih baik saya fokus kepada DUN Mahkota.
"Kebajikan rakyat perlu terus menjadi keutamaan dan itu yang akan saya teruskan selepas ini," katanya.
Dakwaan itu juga telah dinafikan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku semasa Syed Hussien berusia 20-an itu, iaitu beliau cuba membantu orang buta yang diganggu dan dipukul sekumpulan lelaki.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh semalam juga mengesahkan, nama Syed Hussien tidak terdapat dalam rekod pendaftaran penjenayah.
PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara Syed Hussien dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#PRK Mahkota
#Calon BN
#Syed Hussien Syed Abdullah
#pulang mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan