awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pulai: Cadangan laluan khas diputuskan selepas terima maklum balas - Saifuddin Nasution

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/09/2023
15:03 MYT
PRK Pulai: Cadangan laluan khas diputuskan selepas terima maklum balas - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menambah, ketika ini kerajaan kekal dengan keputusan untuk tidak menyediakan laluan khas. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Keputusan untuk menyediakan laluan khas kepada pengundi yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, yang bekerja di Singapura akan dibuat selepas menerima maklum balas jentera parti.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau juga akan ke Singapura pada Rabu (esok) untuk bertemu rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu bagi mendapatkan pandangan mereka.
“Saya akan diberi taklimat oleh jentera pilihan raya dari segi penyebaran maklumat dan maklum balas yang diterima tentang kesediaan pengundi bekerja di sana sama ada balik atau tidak.
“Esok pun saya akan berada di Singapura pada sebelah petang untuk berjumpa mereka sendiri dan mendengar maklum balas,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Taman Anggerik pada malam Selasa.
Saifuddin Nasution menambah, ketika ini kerajaan kekal dengan keputusan untuk tidak menyediakan laluan khas.
Sebelum ini, Calon Pakatan Harapan (PH) PRK Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat memohon Jabatan Imigresen membuka laluan khas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) pada 9 September ini.
Katanya, ia bagi memudahkan rakyat Johor yang bekerja di Singapura untuk pulang mengundi pada PRK khususnya di Parlimen Pulai.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#laluan khas
#BSI
#jentera parti
#PRK Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan