awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: KPM harap tidak libatkan kelas, dewan peperiksaan - Radzi

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
18/02/2022
08:36 MYT
PRN Johor: KPM harap tidak libatkan kelas, dewan peperiksaan - Radzi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berharap semua kelas-kelas utama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Johor tidak akan digunakan dalam Pilihanraya Negeri Johor tidak lama lagi. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berharap semua kelas-kelas utama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Johor tidak akan digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin, pihaknya akur dengan akta sedia ada yang membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sekolah-sekolah sebagai pusat mengundi, namun berharap ia tidak akan melibatkan kelas-kelas atau dewan peperiksaan.
"Pendirian kementerian, kita kata kita tak nak sekolah digunakan (untuk PRN Johor). Pada masa yang sama kementerian sedar bahawa SPR ada akta yang membolehkan mereka gunakan premis-premis yang diperlukan.
"Jadi sebab itu saya sebut kita memohon pada SPR supaya sekolah menengah tidak digunakan. Namun pada masa sama SPR mempunyai kekangan tertentu dan saya dimaklumkan sebanyak 151 sekolah menengah yang SPR akan gunakan," jelasnya dalam sidang media selepas merasmikan Yayasan Didik Negara petang tadi.
BACA: PRN Johor: KPM minta tidak jadikan sekolah menengah pusat mengundi - Radzi
BACA: PRN Johor: KPM tegas tidak mahu sekolah menengah diguna sebagai pusat undi
Tambahnya, perbincangan telah diadakan sebelum ini oleh pihak pengurusan KPM bersama SPR bagi mengelakkan penggunaan dewan peperiksaan SPM.
"Bilik-bilik ini telah disusun oleh pihak sekolan dan guru-guru... telah disusun mengikut indeks dan angka giliran dan sebagainya. Sebarang gangguan kepada susunan memberi implikasi yang besar," katanya lagi.
Menurut Radzi, peperiksaan SPM kali ini adalah berbeza daripada yang sebelumnya memandangkan terdapat prosedur operasi standard (SOP) terkini yang telah pun dikeluarkan oleh KPM.
Ia membabitkan susunan jarak meja yang lebih jauh dan juga beberapa langkah keselmatan yang lain.
Peperiksaan SPM 2021 akan bermula 2 Mac ini.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#kelas SPM
#pilihan raya negeri
#KPM
#Kementerian Pendidikan
#Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan