awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Pengundi muda dijangka meningkat

Bernama
Bernama
06/08/2023
09:09 MYT
PRN: Pengundi muda dijangka meningkat
Adam berharap jumlah pengundi muda itu dapat memberikan mandat terhormat ke arah pemilihan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan selepas pengundian pada 12 Ogos ini. -Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Jumlah pengundi muda (U18) dijangka meningkat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini selepas golongan itu kali pertama mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
Adam Adli berharap jumlah pengundi muda itu dapat memberikan mandat terhormat ke arah pemilihan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan selepas pengundian pada 12 Ogos ini.
"PRU telah memberikan mereka (Undi18) kesedaran (kepentingan mengundi) daripada pengalaman hidup sebenar," katanya kepada media selepas pelancaran Program Fit Malaysia peringkat Pulau Pinang di Padang Kota Lama di sini hari ini.
Beliau berkata pengundi telah memahami tanggungjawab mereka dan yakin dengan keputusan mereka untuk melaksanakannya mengikut keperluan negara dan masyarakat.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
Sementara itu, pelancaran Program Fit Malaysia peringkat Pulau Pinang merupakan acara pembuka tirai bagi program peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Terengganu pada 19 Ogos di bandar Baru Kuala Nerus.
Adam Adli berkata program berkonsepkan karnival kesihatan itu telah mencapai sasaran penyertaan 11,000 rakyat Pulau Pinang daripada semua peringkat umur yang menyertai aktiviti seperti fun ride sejauh 10 kilometer (km) dan 30km, fun walk 3km serta pesta kecergasan dan kesihatan.
"Program Fit Malaysia kemudian akan menjelajah ke seluruh negara dan tiba di destinasi terakhir di Dataran Pahlawan Putrajaya pada 14 Okt," katanya.
Beliau berkata program itu merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) untuk membudayakan dan mempopularkan sukan dalam komuniti dengan amalan gaya hidup aktif, cergas dan sihat selaras dengan kerangka Malaysia MADANI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengundi muda
#Adam Adli Abd Halim
#pilihan raya negeri
#U18
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan