awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: SPR cekap kendali SOP COVID-19 - Shahelmey

Assim Hassan
Assim Hassan
26/09/2020
03:15 MYT
PRN Sabah: SPR cekap kendali SOP COVID-19 - Shahelmey
Shahelmey (tiga, kanan) dan isteri, Dayang Siti Nur Hayyat (tiga, kiri) menunaikan kewajipan mengundi di SMK Putatan. - Astro AWANI
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Tanjung Keramat, Ir Shahelmey Yahya memuji kecekapan pasukan petugas di pusat mengundi kawasan itu dalam mengendalikan kepatuhan norma baharu susulan penularan COVID-19.
Beliau berkata, hasil pemantauan pihaknya pagi tadi, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pasukan keselamatan dilihat amat komited dengan tanggungjawab mereka.
"Ini termasuk mengendalikan para pengundi secara teratur, mengambil suhu badan, pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), sehinggalah merujuk pengundi ke saluran masing-masing.
"Kami memuji kecekapan mereka dalam memastikan pematuhan norma baharu dapat dilaksanakan," katanya selepas selesai menunaikan tanggungjawab di peti undi pada jam 8.30 pagi ini.
Beliau yang ditemani isteri, Dayang Siti Nur Hayyat Ag Mohd Saufi, menunaikan kewajipan mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan.
Dalam pada itu, Shahelmey turut menyeru orang ramai untuk keluar mengundi pada hari ini dengan mematuhi amalan SOP dan menjaga penjarakan fizikal masing-masing.
Ikuti LAPOR LANGSUNG: Hari Penentuan di Sabah
Ikuti juga perkembangan terkini PRN Sabah ke-16 di astroawani.com
Topic Berkaitan
#calon
#keselamatan
#koronavirus
#penjarakan sosial
#pilihan raya
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#Shahelmey Yahya
#SOP
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan