awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Anwar seru sokong PH, perjuang isu asas rakyat

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/12/2021
14:36 MYT
PRN Sarawak: Anwar seru sokong PH, perjuang isu asas rakyat
Ini kerana dakwa beliau, hanya parti pembangkang yang lantang memperjuangkan kepayahan rakyat termasuk di Parlimen.
KUCHING: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Sarawak memberikan sokongan kepada calon-calon daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 pada 18 Disember.
Menurut Ketua Pembangkang itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) misalnya akan terus berpegang kepada prinsip tadbir urus dan menekankan aspek kekurangan kemudahan asas di negeri itu.
Ini kerana dakwa beliau, hanya parti pembangkang yang lantang memperjuangkan kepayahan rakyat termasuk di Parlimen.
“Jadi oleh demikian, saya harap rakan-rakan di Sarawak dapat memikirkan… yang membicarakan hal ini sebagai wakil saudara daripada parti mana.
“… yang paling lantang mempertahankan (adalah) Keadilan, (termasuk) soal harga barang di Parlimen dan luar Parlimen.
“Sebab itu (saya) menyeru rakan-rakan memberikan pertimbangan dan menyokong calon parti Keadilan, dan beberapa tempat lain juga termasuk DAP dan Amanah,” katanya pada Sesi Bicara Anwar Ibrahim di laman Facebook, pada Jumaat malam.
Jelas Anwar lagi, melalui sokongan yang diberikan kelak, isu yang menghimpit rakyat akan dapat ditekankan bagi memaksa kerajaan mengambil tindakan susulan.
Mengambil contoh isu kenaikan harga yang membebankan rakyat, Ahli Parlimen Port Dickson itu menambah, persaingan ketika ini dilihat lebih kepada untuk merebut kuasa.
“Bila menyentuh mengenai soal rakyat, itu diketepikan dan cuba dibahaskan isu-isu lain yang tidak terkait sangat dengan kepentingan rakyat.
“Saya tidak nafikan bahawa dalam banyak hal, Kerajaan Persekutuan juga bertanggungjawab. Tetapi kita tidak boleh nafikan bahawa pimpinan Sarawak juga harus memikul tanggungjawab,” ujarnya.
Pada PRN12 Sarawak, PKR menampilkan 28 calon.
Sementara, Parti komponen PH yang lain iaitu DAP bertanding di 26 kerusi manakala Amanah (sembilan).
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PRN Sarawak
#Keadilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan