awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Sempadan Serikin kekal aman, penduduk gesa pembinaan ICQS dipercepatkan

Alexandra Lorna
Alexandra Lorna
11/11/2021
05:26 MYT
PRN Sarawak: Sempadan Serikin kekal aman, penduduk gesa pembinaan ICQS dipercepatkan
(Dari kiri) Lusia Lucy, Belinda Chelly dan Sandra Trinata, peniaga di pasar Serikin berharap Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dapat segera disiapkan bagi membantu memulihkan kembali perniagaan mereka. - Foto Astro AWANI
BAU: Penutupan sempadan Sarawak-Kalimantan di Serikin disebabkan pandemik Covid-19 jelas menggangu sumber pendapatan peniaga di kampung Serikin dan sekitarnya.
Lokasi perniagaan mereka kini sepi, bukan hanya kerana kurangnya pengunjung tetapi juga kurang barangan dagangan.
Justeru mereka mengharapkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) yang bakal dibina di Serikin dapat disiapkan secepat mungkin bagi menghidupkan kembali aktiviti perniagaan di lokasi berkenaan.
BACA: ICQS Serikin hab kawalan sempadan aktiviti perdagangan Sarawak-Kalimantan
Ketika ditemu bual Astro Awani, Sandra Trinata seorang pengusaha kraftangan di Serikin mengakui keselamatan di sekitar kawasan itu sentiasa terkawal malah sangat aman dengan adanya kawalan ketat pasukan keselamatan.
“Namun, bagi kami kini penduduk amat menantikan siapnya ICQS yang bakal memudahkan urusan perdagangan dan kemasukan barang untuk memulihkan semula ekonomi di kawasan Serikin.
“Harap pembinaan nya dipercepatkan sekali gus pembukaan sempadan juga dibuka semula agar kami boleh berniaga seperti biasa dan kami juga mahu kerajaan mempermudahkan tatacara kemasukan barangan agar lebih terkawan dan selamat” ujar Sandra.
Sementara itu, seorang peruncit, Lucia Lusi berkata keamanan di sempadan jelas terkawal buat masa sekarang.
“Keadaan akan bertambah lebih terkawal sekiranya ICQS ini cepat dibina segera lebih-lebih lagi bagi memastikan keselamatan dari segi kesihatan juga dijaga dengan rapi ketika adanya kemasukan orang asing ke sini” kata Lucia.
Belinda Chelly, salah seorang penduduk daripada kampung sekitar iaitu Kampung Serasot mengakui kawasan sempadan Serikin tenang dan tiada kekecohan pernah berlaku.
“Orang dari sempadan seperti penduduk Indonesia tidak pernah menganggu keamanan kampung, jadi amanlah di sekitar sini.
Kami juga mahu kerajaan percepatkan pembukaan ICQS serta sempadan bagi memulihkan semula ekonomi perdagangan kami.
“Sebab sebelum COVID-19, saya pernah mengambil bekalan sayuran dan buahan untuk dijual semula, namun sekarang berkurang lah pendapatan kami kerana hanya mengharapkan hasil tanaman sendiri,” katanya.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#ICQS
#Serikin
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan