awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump akan bincang kemungkinan keluar NATO dalam pertemuan dengan Rutte
‘Ratu Ketamin’ dihukum penjara 15 tahun sebabkan kematian pelakon Matthew Perry
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program 'Doa Untuk Malaysia' untuk kesejahteraan negara berlangsung 13 Ogos

Bernama
Bernama
02/08/2016
23:26 MYT
Program 'Doa Untuk Malaysia' untuk kesejahteraan negara berlangsung 13 Ogos
Menurut Mohd Puad, Menurutnya, program doa itu turut diadakan pada malam sama oleh penganut agama lain di rumah ibadat masing-masing bagi mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini. - Gambar fail
Program 'Doa Untuk Malaysia' yang bakal diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Dataran Merdeka pada 13 Ogos ini menyasarkan penyertaan 150,000 orang.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata program kali ketiga itu akan menampilkan majlis selawat dan qasidah yang dipimpin Habib Syekh Qadir Asseqqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid dari Indonesia bersama kumpulan nasyid tempatan Al-Mawlid dan Inteam.
"Saya mengambil kesempatan menjemput semua rakyat Malaysia bersama-sama menyertai program Doa Untuk Malaysia untuk kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan negara yang dilanda pelbagai ujian ketika ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri Jasa di sini malam tadi.
Menurutnya, program doa itu turut diadakan pada malam sama oleh penganut agama lain di rumah ibadat masing-masing bagi mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini. Program anjuran Jasa dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Yayasan Pendidikan Cheras, dan RTM itu dijadual bermula pada 7 malam.
Topic Berkaitan
#Doa Untuk Malaysia
#Mohd Puad Zarkashi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan