awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Sanitasi Awam bukan untuk basmi COVID-19 semata-mata - Zuraida

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/06/2021
06:47 MYT
Program Sanitasi Awam bukan untuk basmi COVID-19 semata-mata - Zuraida
Zuraida mengadakan lawatan koordinasi sukarelawan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah pada Sabtu. - Foto BERNAMA
AMPANG: Program Sanitasi Awam yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, bukanlah semata-mata untuk mencegah pandemik COVID-19 ssemata-mata.
Menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, program berkenaan adalah langkah kerajaan untuk membasmi kuman serta memastikan persekitaran lebih sihat.
Tambah Ahli Parlimen Ampang itu lagi, dakwaan atau tanggapan bahawa program itu khusus untuk COVID-19 sahaja adalah tidak benar, dan hanya salah faham segelintir pihak.
“Bomba hanya menjalankan disinfectant exercise, untuk menghapuskan segala kuman. Jadi jangan salah faham kita buat tu untuk COVID-19 sahaja. Jadi (tujuannya) untuk masyarakat lebih hygienic, dan lebih jaga kebersihan. Future norm (norma baharu masa akan datang) ini caranya untuk sanitasi kawasan kita.
“(Tanggapan) itu ada sedikit salah faham dari segi konteks. Tujuan bomba laksanakan sanitisasi ini bukan untuk COVID-19 semata-mata,” katanya lagi.
Admin | Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi, satu sistem sokongan sukarelawan kerjasama @kpkt_gov dan Penggerak Komuniti Negara diaktifkan pada hari ini bagi membantu Pusat Pemberian Vaksin di peringkat Parlimen Ampang, seterusnya Selangor dan diperluaskan ke seluruh negara. pic.twitter.com/gZXDETI8oN
— Zuraida Kamaruddin (@zuraida_my) June 12, 2021
Zuraida berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan koordinasi sukarelawan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah di sini, Sabtu.
Pada 6 Jun lepas, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan program sanitasi awam adalah satu pembaziran sumber kerana ia tidak berkesan dalam mencegah penularan COVID-19.
Presiden MMA Prof Datuk Dr M Subramaniam dalam satu kenyataan berkata, prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan sanitasi tangan yang ada sekarang terbukti jauh lebih berkesan dalam mencegah penularan COVID-19.
Topic Berkaitan
#zuraida
#program sanitasi awam
#pembaziran
#Pusat Pemberian Vaksin
#Malaysian Medical Association
#MMA
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Ampang
#Zuraida Kamaruddin
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan