awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek ECRL capai pembinaan 92.62 peratus setakat Februari 2026 - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
16/03/2026
12:05 MYT
Projek ECRL capai pembinaan 92.62 peratus setakat Februari 2026 - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata jajaran ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang di Selangor pula akan siap menjelang Disember 2027 dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2028. - Gambar fail/ECRL

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 92.62 peratus setakat Februari 2026, selari dengan jadual penyiapan jajaran Kota Bharu, Kelantan ke Gombak, Selangor menjelang akhir tahun ini seterusnya beroperasi secara komersial bermula Januari 2027.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata jajaran ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang di Selangor pula akan siap menjelang Disember 2027 dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2028.

Beliau berkata pengoperasian komersial tren elektrik Pelbagai Gerabak (EMU) dan Lokomotif Elektrik (E-Loco) bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh ECRL sebagai mod pengangkutan hijau untuk penumpang dan kargo, merentas rangkaian rel elektrik sepanjang 665 kilometer negeri-negeri Pantai Timur dan Selangor.

"Projek ECRL juga mencatatkan satu lagi pencapaian penting pada hari ini dengan selesainya pembinaan landasan jajaran utama ECRL sepanjang 519 kilometer dari Kota Bharu ke Gombak lebih awal daripada yang dijadualkan.

"Pencapaian ini jelas mencerminkan dedikasi tinggi serta kerjasama erat antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communication Construction (CCC)-ECRL serta sokongan padu dari semua pihak yang terlibat,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pemeteraian Perjanjian Pelantikan Penyelaras Utama Bersama (JLC) bagi Pengurusan Risiko Pertukaran Asing Projek ECRL dan penyempurnaan pembinaan landasan ECRL dari Kota Bharu ke Gombak di Stesen ECRL Terminal Bersepadu Gombak.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#ECRL
#sokongan padu
#pengangkutan hijau
#E-Loco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan