awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Rintis Tabika Berkeperluan Khas di Melaka dijangka mula operasi Julai

Bernama
Bernama
27/02/2025
20:15 MYT
Projek Rintis Tabika Berkeperluan Khas di Melaka dijangka mula operasi Julai
Ab Rauf berkata, Melaka menjadi negeri pertama melaksanakan program itu dengan peruntukan RM300,000 bagi menjayakannya di tiga Tabika Berkeperluan Khas iaitu di Alor Gajah, Merlimau dan Hang Tuah Jaya. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Projek Rintis Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika Berkeperluan Khas) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi Program Pembangunan Anak-anak Autisme di negeri ini dijangka mula beroperasi Julai depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Melaka menjadi negeri pertama melaksanakan program itu dengan peruntukan RM300,000 bagi menjayakannya di tiga Tabika Berkeperluan Khas iaitu di Alor Gajah, Merlimau dan Hang Tuah Jaya.
"Dengan mewujudkan Tabika Berkeperluan Khas ini, kita dapat memberi ruang kepada kanak-kanak autisme belajar dalam persekitaran yang lebih selesa dan sesuai, sekali gus membantu mereka memperoleh pendidikan yang memenuhi keperluan unik mereka.
"Inisiatif ini merupakan satu langkah strategik yang amat penting dalam memperkembangkan pendidikan inklusif di negara kita," katanya ketika berucap di Kompleks Komuniti KEMAS, Telok Mas di sini pada Khamis..
Terdahulu, beliau merasmikan Program Pemerkasaan Masyarakat MADANI KEMAS peringkat negeri yang turut dihadiri Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man.
Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, usaha itu juga membuktikan keprihatinan kerajaan negeri melalui KEMAS dalam memastikan semua golongan menerima pendidikan berkualiti.
Beliau berkata, dengan sokongan daripada semua pihak terutamanya pendidik, masyarakat terlatih dan penyediaan fasiliti sesuai, perubahan positif dalam perkembangan kanak-kanak autisme akan dapat dilihat.
"Semoga usaha ini dapat terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai lagi kanak-kanak autisme di negara ini," kata Ab Rauf lagi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek rintis
#tabika berkeperluan khas
#Kemas
#keperluan unik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan