awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek solar: Pengarah syarikat, peguam direman enam hari

Astro Awani
Astro Awani
27/06/2018
05:46 MYT
Projek solar: Pengarah syarikat, peguam direman enam hari
Pengarah urusan sebuah syarikat yang berpangkalan di Bintulu antara dua lelaki yang direman enam hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemberian kontrak projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak. - BERNAMA
Dua individu hari ini direman selama enam hari bagi membantu siasatan berkaitan projek membekal dan memasang panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak
Kedua-dua suspek, seorang pengarah syarikat yang berusia 59 tahun dan seorang peguam berumur 30 tahun, dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi Rabu dengan berpakaian lokap reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengarahkan kedua-dua individu direman sehingga 2 Julai depan selepas membenarkan permohonan SPRM.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 18 (A) Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan tuntutan palsu.
Mereka masing-masing ditahan SPRM pada jam 2.45 petang dan 5.30 petang semalam setelah hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan memulakan siasatan dalaman berhubung projek membekal panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak melibatkan kos RM1.25 bilion ringgit yang diberikan kepada syarikat berpangkalan di Bintulu.
Pengagihan projek berkenaan didakwa dilakukan oleh seorang bekas pemimpin negara yang meluluskan projek tanpa tender terbuka.
Projek itu dianugerahkan kepada syarikat terbabit dan didakwa melanggar prosedur Kementerian Pendidikan.
BACA: Projek solar, diesel Sarawak: Kementerian laksana siasatan dalaman
BACA: Projek solar: SPRM nafi tak ambil tindakan
BACA: Penyelewengan kontrak tenaga solar: Tindakan tegas diambil
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#Malaysia
#projek solar
#Putrajaya
#Rasuah
#Sarawak
#sekolah
#siasatan
#SPRM
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan