awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek tebatan banjir: SPRM semak dakwaan Rafizi

Sinar Harian
Sinar Harian
12/11/2022
08:36 MYT
Projek tebatan banjir: SPRM semak dakwaan Rafizi
Menurut Azam Baki, SPRM sentiasa terbuka mengalu-alukan Rafizi atau mana-mana pihak menyalurkan maklumat dan akan disiasat jika perkara itu berasas. - Gambar fail
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyemak dakwaan laporan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung projek tebatan banjir yang dibuat selepas pembubaran Parlimen.
Rafizi sebelum ini mendakwa mempunyai surat yang didakwa menjadi bukti projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion di Sungai Langat 2, yang diluluskan kerajaan melalui rundingan terus kepada syarikat tertentu pada 7 Oktober lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya mengambil perhatian terhadap maklumat sama ada laporan secara bersemuka atau melalui media untuk menjalankan siasatan.
Projek Tebat Banjir | Rafizi dedah projek RM2 bilion lulus sebelum Parlimen bubar
BACA: PRU15: Rafizi dedah surat didakwa bukti kelulusan projek RM2 bilion secara rundingan terus
"Setakat ini, kita belum menerima sebarang laporan secara rasmi tetapi akan mengambil maklum mengenai perkara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengurniaan Kehormatan Kelantan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan V yang ke-53 di Istana Balai Besar di sini pada Sabtu.
Sebelum ini, media melaporkan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Rafizi membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan pemberian projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion secara runding terus.
Ditanya sama ada SPRM akan memanggil Rafizi untuk mengambil keterangan mengenai perkara itu, Azam berkata, perkara itu belum diputuskan lagi.
Bagaimanapun beliau berkata, SPRM sentiasa terbuka mengalu-alukan Rafizi atau mana-mana pihak menyalurkan maklumat dan akan disiasat jika perkara itu berasas.
Sementara itu, Tuan Ibrahim ketika ditemui pada majlis sama memaklumkan sudah bersedia memberi kerjasama kepada SPRM dan pihak polis sekiranya dipanggil untuk mengemukakan bukti.
"Projek ini merupakan perancangan kerajaan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan tetapi surat setuju terima (SST) belum keluar.
"Tiada mana-mana syarikat yang boleh mendakwa projek itu kepunyaan mereka.
"Kalau betul ada penyelewengan salah guna kuasa atau rasuah, sila buat laporan kepada SPRM dan polis untuk siasatan," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, pihaknya bersedia pada bila-bila masa untuk dipanggil oleh pihak SPRM bagi membuktikan beliau berada di pihak yang benar.
"Kalau dipanggil hari ini, hari ini juga saya pergi, jika malam dipanggil, pagi nanti saya sampai," katanya.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rafizi Ramli
#Azam Baki
#projek tebatan banjir di Sungai Langat 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan