awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Atlet biathlon Norway raih gangsa, akui curang secara langsung di TV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proklamasi Darurat: Hospital swasta setuju beri kemudahan fasiliti

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/02/2021
02:10 MYT
Proklamasi Darurat: Hospital swasta setuju beri kemudahan fasiliti
Kerjasama itu membolehkan kerajaan tidak perlu melaksanakan pengambil alihan sementara aset swasta di bawah Ordinan Darurat. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA:Hospital-hospital swasta telah memberi kerjasama secara sukarela untuk menyediakan kemudahan fasiliti, sumber manusia dan kakitangan dalam usaha memerangi COVID-19 sepanjang pelaksanaan Proklamasi Darurat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerjasama itu membolehkan kerajaan tidak perlu melaksanakan pengambil alihan sementara aset swasta di bawah Ordinan Darurat.
“Saya nak memaklumkan bahawa perkara ini telah dilaksanakan iaitu untuk menumpukan kepada usaha-usaha kita menyediakan fasiliti yang cukup untuk menangani masalah COVID-19 di seluruh negara.
“Tetapi yang baik walaupun ada Ordinan Darurat yang diperuntukan, seperti yang sama sebutkan, kerjasama telah diberikan pihak swasta amat baik sekali.
“Mereka bersedia dalam segala bentuk bantuan dan sokongan kepda kehendak kita. Sebagai contoh, hospital swasta telah bersedia untuk membantu menyediakan kemudahan termasuk katil, doktor, jururawat dan pegawai-pegawai perubatan yang lain,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.
BACA: Vaksin COVID-19 tiba di Malaysia 21 Februari - PM
BACA: COVID-19: Semua wakil rakyat akan terima suntikan vaksin - PM
Jelas Perdana Menteri lagi, dalam tempoh yang sama, kerajaan akan bekerjasama dengan agensi-agensi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan ketua masyarakat untuk menggalakkan pendaftaran diri sebagai penerima vaksin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#swasta
#Proklamasi Darurat
#Muhyiddin Yassin
#Ordinan Darurat
#sukarela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan