awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses penapisan pengambilan pengawal keselamatan sekolah perlu diperketatkan

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2013
00:00 MYT
Proses penapisan pengambilan pengawal keselamatan sekolah perlu diperketatkan
Pemantauan pengawal keselamatan sekolah dari semasa ke semasa dari segi umur, laporan kesihatan dan laporan jenayah perlu bagi memastikan mutu kualiti keselamatan di sekolah terjaga.
Ini susulan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendapati ada pegawal keselamatan yang melebihi had umur, tidak mengemukakan tapisan keselamatan dari balai polis atau Kementerian Dalam Negeri dan gagal memberi laporan kesihatan.
“Sudah sampai masanya pihak kerajaan memikirkan bahawa pengawal keselamatan perlu diambil sebagai sebahagian daripada kakitangan persekolahan atau Kementerian. Ia mungkin mewujudkan skim perkhidmatan pengawal keselamatan yang lebih baik, dengan syarat-syarat yang telah diperhatikan dan latihan yang mencukupi,” kata Presiden PIBGN Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan.
Untuk menjawab isu had umur, Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia Datuk Shaheen Mirza Habib berkata garis panduan Kementerian Dalam Negeri menetapkan had umur pengawal keselamatan adalah sehingga 65 tahun.
“Walaubagaimanapun, pengawal-pengawal yang sudah mencapai umur 60 tahun diwajibkan menjalani pemeriksaan setiap tahun dan kalau mereka sihat, mereka boleh bekerja sehingga 65 tahun,” kata beliau.
Klik video untuk laporan penuh dari Buletin Awani 7.45.
Topic Berkaitan
#KDN
#pengawal keselamatan sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan