awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses rakam percakapan Ismail Sabri di Ibu Pejabat SPRM ditangguh ke Rabu

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2025
03:00 MYT
Proses rakam percakapan Ismail Sabri di Ibu Pejabat SPRM ditangguh ke Rabu
Proses merakam keterangan Ismail Sabri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya, hari ini ditangguhkan ke Rabu pada waktu yang belum ditetapkan. - Gambar fail
PUTRAJAYA : Proses merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, ditangguhkan ke Rabu pada waktu yang belum ditetapkan.
Perkara itu disahkan seorang pegawai SPRM yang tampil menemui pengamal media di luar bangunan ibu pejabat berkenaan.
Sebab penangguhan rakaman percakapan itu setakat ini masih belum didedahkan.
Terdahulu sumber daripada SPRM memaklumkan, Ismail Sabri dijangka menyambung memberi keterangan untuk hari keempat pada pukul 10 pagi, Selasa.
Wartawan daripada pelbagai agensi media dilihat berkampung seawal pukul 9 pagi ini bagi menantikan perkembangan terkini kes rasuah dan pengubahan wang haram Ahli Parlimen Bera tersebut semasa mentadbir kerajaan dari 2021 hingga 2022.
Pada Isnin, Ismail Sabri mengambil masa lebih enam jam untuk merakam keterangan.
Beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 9.52 pagi dan meninggalkan bangunan itu tepat pukul 4.30 petang.
Difahamkan siasatan pada Isnin itu menumpukan kepada beberapa dokumen penting iaitu kelulusan projek dan perolehan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.
Manakala pada minggu lalu, Ismail Sabri memberikan keterangan selama lima jam pada Khamis dan hampir enam jam pada Jumaat berkaitan aset yang diisytiharkan beliau pada 19 Februari lepas.
Siasatan SPRM ke atas Ismail Sabri dilancarkan susulan penemuan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing seperti Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan serta jongkong emas yang secara keseluruhan berjumlah RM177 juta.
Pendedahan itu dibuat menerusi siri serbuan membabitkan tiga premis, termasuk sebuah 'safe house' di sekitar ibu negara milik bekas pegawai kanan Ismail Sabri.
Semua hasil rampasan turut dikaitkan dengan perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta program publisiti sewaktu Ismail Sabri memegang jawatan Perdana Menteri.
SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun bank bagi membantu siasatan kes.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SPRM
#pengubahan wang haram
#jongkong emas
#safe house
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan