awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prosiding 1MDB: PAC puas hati dengan penjelasan Arul Kanda

Bernama
Bernama
01/12/2015
05:57 MYT
Prosiding 1MDB: PAC puas hati dengan penjelasan Arul Kanda
Prosiding ini merupakan pertemuan pertama Arul Kanda (gambar) dengan PAC selepas beliau gagal menghadirkan diri di hadapan jawatankuasa itu sebanyak dua kali sebelum ini. -Astro AWANI/Shahir Omar
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpuas hati terhadap penjelasan yang dikemukan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkaitan syarikat tersebut, hari ini.
Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata prosiding yang bermula kira-kira pukul 11 pagi tadi, berjalan lancar dan berhenti berehat sehingga pukul 2.30 petang untuk sesi seterusnya.
"PAC akan dengar lagi (penjelasan dari Arul Kanda) pada petang ini. Selepas itu, saya akan buat satu kenyataan akhbar.
"Jika belum habis, kita (PAC) akan teruskan. Yang penting, kita ingin maklumat yang tepat supaya laporan itu adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri prosiding antara PAC dan Arul Kanda di Bangunan Parlimen hari ini.
Prosiding ini merupakan pertemuan pertama Arul Kanda dengan PAC selepas beliau gagal menghadirkan diri di hadapan jawatankuasa itu sebanyak dua kali sebelum ini.
Arul yang kelihatan tenang, keluar dari bilik prosiding dengan senyuman terukir pada wajahnya, sebelum beredar meninggalkan Bangunan Parlimen.
Beliau juga mengelak soalan yang diajukan oleh para wartawan.
Semalam, PAC memanggil bekas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif 1MBD Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi untuk memberi keterangan berkaitan pembentukan 1MDB, yang dilapor berlaku pada 2009 semasa di bawah pengurusannya.
Hasan dilapor berkata Laporan Akhir Ketua Audit Negara terhadap 1MDB dijangka dibentangkan kepada PAC pada 17 Dis ini.
Beliau berkata PAC juga akan memanggil Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin untuk memberi keterangan kepada PAC selepas mendengar Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.
Oleh itu, katanya, PAC dijangka menyiapkan laporan lengkap 1MDB pada Mac 2016.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Arul Kanda
#hasan
#lodin wok
#PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan