awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Giuffre gesa Raja Charles temui mangsa Epstein semasa lawatan ke AS
Konflik Asia Barat: AS, Iran berbalas ancaman ketika operasi mencari juruterbang AS diteruskan
Indonesia terima jenazah anggota pengaman yang terkorban di selatan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes “No Kings”: Rakyat Amerika kibar bendera terbalik bantah serangan terhadap Iran

Agensi
Agensi
29/03/2026
09:40 MYT
Protes “No Kings”: Rakyat Amerika kibar bendera terbalik bantah serangan terhadap Iran
Himpunan tersebut merupakan sebahagian daripada siri protes ‘No Kings’ yang diadakan di  bandar utama Amerika Syarikat pada Ahad. - Gambar/ Reuters
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Washington bagi membantah serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran sambil mengibarkan bendera Amerika secara terbalik.
Himpunan tersebut merupakan sebahagian daripada siri protes ‘No Kings’ yang diadakan di bandar utama Amerika Syarikat pada Ahad.
Kempen No Kings bertujuan membantah tindakan polisi pentadbiran Donald Trump terhadap isu pendatang asing, intimidasi negara jiran dan serangan ke atas Iran.
Himpunan tersebut turut disertai oleh David selaku veteran tentera Amerika yang menyifatkan serangan pentadbiran Trump ke atas Iran berisiko berlarutan tanpa ada pemenang.
Menurutnya, majoriti dalam kalangan anggota tentera yang masih berkhidmat turut menyedari bahawa peperangan kali ini sukar untuk dimenangi dan akan menggugat kestabilan ekonomi global.
“Gangguan (kesan perang) yang berlaku dijangka mengambil masa puluhan tahun untuk pulih,” kata David ketika ditemui pemberita semasa himpunan tersebut.
Para peserta berhimpun di National Mall berhampiran bangunan Capitol dan berarak menuju ke pusat bandar sambil membawa bendera Iran dan melaungkan slogan anti-perang.
Danny selaku peserta himpunan turut mengecam operasi ketenteraan itu yang disifatkan hanya meragut nyawa orang awam yang tidak bersalah.
“Berbilion dolar dibelanjakan untuk apa? Saya sendiri tidak pasti,” tegas Danny.
Himpunan bermula pada awal pagi apabila peserta mula berkumpul di National Mall berhampiran bangunan Capitol dan berarak menuju ke pusat bandar sambil membawa bendera Iran dan melaungkan slogan anti-perang.
Beberapa bandar besar termasuk New York, Los Angeles dan Chicago turut menyaksikan penunjuk perasaan berhimpun bagi membantah isu yang sama.
Topic Berkaitan
#Iran
#US
#perang
#konflik Asia Barat
#Konflik Timur Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan