awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Polis Pahang siasat kes curi bendera kempen

Sinar Harian
Sinar Harian
13/11/2022
04:10 MYT
PRU15: Polis Pahang siasat kes curi bendera kempen
Laporan polis berhubung kehilangan bendera kempen sebuah parti politik di Nenasi, Pekan disyaki dicuri antara tiga kertas siasatan dibuka di negeri ini, pada Sabtu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Ramli)
KUANTAN: Laporan polis berhubung kehilangan bendera kempen sebuah parti politik di Nenasi, Pekan disyaki dicuri antara tiga kertas siasatan dibuka di negeri ini, pada Sabtu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.
Menurutnya, dua lagi kes melibatkan perbuatan khianat dan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Kertas siasatan ini dibuka susulan laporan diterima berkait gambar salah seorang calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum di Jalan Datuk Bahaman di sini telah diconteng pihak tertentu.
"Polis juga turut menerima laporan dan membuka kertas siasatan berhubung kejadian bendera kempen calon DUN Chini, Pekan yang didakwa menjadi mangsa khianat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ramli berkata, sepanjang tempoh 24 jam pada Sabtu, pihaknya menerima 33 laporan polis dan hanya tiga kes dibuka kertas siasatan.
"Sebanyak 214 laporan polis diterima dengan 11 kertas siasatan dibuka setakat ini berkait kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pahang.
"Sebanyak 312 premit kempen telah diterima dan diluluskan dengan 216 adalah permit ceramah," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#bendera kempen
#Ramli Mohamed Yoosuf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan