awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Syarikat penerbangan diharap tawar tiket murah - Fadillah

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
21/10/2022
10:40 MYT
PRU15: Syarikat penerbangan diharap tawar tiket murah - Fadillah
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata hal ini bagi meringankan beban pengundi yang perlu menggunakan pengangkutan udara untuk pulang.
KUCHING: Syarikat penerbangan diharap dapat menyediakan kadar tambang murah kepada pengundi yang ingin pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata hal ini bagi meringankan beban pengundi yang perlu menggunakan pengangkutan udara untuk pulang.
"Kerajaan tidak boleh menyediakan peruntukan untuk pengundi pulang mengundi kerana dari segi perundangan itu tidak dibenarkan.
"Melainkan ada pihak atau individu yang mahu menaja (tiket penerbangan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat persediaan PRU15 parlimen Petra Jaya di sini, pada Jumaat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
Jelas Fadillah, setakat ini hanya beberapa syarikat penerbangan dalam negara sahaja yang telah memperkenalkan tawaran tambang murah atau promosi sempena PRU15.
“Malah saya juga ambik maklum daripada beberapa syarikat penerbangan seperti pihak Malaysia Airlines Berhad ada memberikan potongan harga untuk penumpang yang balik bagi tujuan mengundi.
“Tawaran seperti ini saya sambut baik dan kita mengharapakan semua syarikat penerbangan kalau dapat berilah kemudahan dengan tambang yang lebih murah supaya rakyat dapat turun mengundi,” katanya.
Terdahulu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) akan mengawal selia harga tiket, supaya syarikat penerbangan tidak meningkatkan harga sewenang-wenangnya menjelang PRU15.
Ka Siong berkata, walaupun harga tiket penerbangan, secara lazimnya akan meningkat mengikut Mekanisme Harga Dinamik jika terdapat sesuatu peristiwa melibatkan pergerakan orang ramai, Mavcom akan mengambil tindakan sekiranya syarikat penerbangan didapati menaikkan harga tidak mengikut syarat ditetapkan.
Topic Berkaitan
#tiket murah
#syarikat penerbangan
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan