awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2020
11:09 MYT
PRU15: Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, perlantikan itu berkuat kuasa pada Rabu.
"Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah PRU-15 untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam meneruskan perjuangan membela rakyat.
"Saya percaya Datuk Seri (Tajuddin) dapat memberi komitmen dan melaksanakan tanggungjawab ini seterusnya membantu kemenangan UMNO dan BN dalam PRU-15 akan datang," ujarnya.
Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak dan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) adalah antara Ahli Parlimen senior UMNO dan BN yang lantang berbahas dalam setiap sidang Dewan Rakyat.
Surat pelantikan itu diserahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Datuk Seri Tajuddin yang turut dikongsikan kepada media
Surat pelantikan itu diserahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Datuk Seri Tajuddin yang turut dikongsikan kepada media
Topic Berkaitan
#Tajuddin Abdul Rahman
#UMNO
#Barisan Nasional
#Parlimen
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#prasarana
#PRU15
#BN
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan