awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tidak perlu bimbang keluar mengundi - Ketua Polis Negara

Bernama
Bernama
18/11/2022
13:01 MYT
PRU15: Tidak perlu bimbang keluar mengundi - Ketua Polis Negara
Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata jaminan itu diberikan susulan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menugaskan 80,000 anggotanya selain menggerakkan semua elemen bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin terutama pada hari pengundian sehingga selepas PRU15.
"Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengancam ketenteraman awam terutamanya yang boleh menjejaskan proses pengundian esok," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat.
Acryl Sani turut menasihatkan semua pihak untuk tidak mengadakan perhimpunan di tempat terbuka atau perarakan bagi meraikan kemenangan selepas PRU15.
Selain itu, bagi memastikan kelancaran aliran trafik, Acryl Sani berkata pihaknya melaksanakan Op Lancar dengan memberi tumpuan di lokasi strategik yang dikenal pasti kerap berlaku kesesakan lalu lintas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keluar mengundi
#PRU15
#Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan