awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pangkor belum sedia terima kedatangan pelancong

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
08/09/2021
10:16 MYT
Pulau Pangkor belum sedia terima kedatangan pelancong
Pulau Pangkor belum dapat dijadikan sebagai Destinasi Bebas COVID-19 memandangkan terdapat beberapa kriteria yang masih perlu dipenuhi. - Gambar fail BERNAMA
IPOH: Pulau Pangkor masih lagi belum bersedia untuk menerima kedatangan pelancong di bawah Program COVID-19 Free Destination atau Destinasi Bebas COVID-19, Fasa Kedua Pelan Pemulihan Pelancongan (TRP).
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan Perak yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad semalam.
Menurut beliau, pada waktu ini Pulau Pangkor masih belum dapat dijadikan sebagai Destinasi Bebas COVID-19 memandangkan terdapat beberapa kriteria yang masih perlu dipenuhi.
Bagaimanapun, kata beliau, proses vaksinasi COVID-19 ke atas penduduk di Pulau Pangkor ketika ini berjalan lancar dan hampir mencapai kadar 100 peratus.
“Kita telah capai hampir 100 peratus kadar vaksinasi akan tetapi kadar berkenaan masih belum cukup untuk mencapai pada tahap imuniti kelompok.
“Jadi kita menjangkakan perkara berkenaan boleh dicapai pada penghujung September ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media ‘Simposium Muzik Ipoh 2021: Nusantara’ yang diadakan secara maya pada Rabu.
Pada Julai lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Syukri berkata, program Destinasi Bebas COVID-19 Fasa Kedua Pelan Pemulihan Pelancongan diperluaskan ke pulau-pulau peranginan yang menjadi tumpuan utama pelancong seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan beberapa lagi pulau.
Sementara itu, Nolee berkata, simposium secara maya anjuran People of Remarkable Talents (PORT) akan berlangsung pada 1 Oktober depan dengan tema ‘Muzik Nusantara: Menelusuri Tradisi dan Kontemporari’ menggabungkan seniman tanah air, Datuk M Nasir dan dari Indonesia seperti Dwiki Dharmawan.
Katanya program simposium muzik tahunan edisi ketiga bersama Gerakan Seni Ipoh itu turut mendapat kerjasama Cultural Economy Development Agency (Cendana) dan Tourism Perak.
Selain simposium, program selama tiga hari itu akan turut dijadualkan beberapa acara lain seperti forum, bengkel, sidang meja bulat dan sebuah konsert khas yang bakal dijayakan oleh artis tersohor dan bintang baharu.
Topic Berkaitan
#Pulau Pangkor
#Destinasi Bebas COVID-19
#pelan pemulihan pelancongan
#vaksinasi COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan