awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
Perbicaraan kes ditangguh, Vivy Yusof, suami dapat pasport tunai haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang belum putuskan laksana BDR, tunggu maklum balas jabatan - Chow

Bernama
Bernama
08/04/2026
11:34 MYT
Pulau Pinang belum putuskan laksana BDR, tunggu maklum balas jabatan - Chow
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pihaknya telah menerima garis panduan berkaitan pelaksanaan BDR, namun keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas penelitian menyeluruh dilakukan. - Foto Facebook Chow Kon Yeow
Kerajaan Negeri Pulau Pinang belum membuat keputusan untuk melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam negeri kerana perkara itu masih dalam peringkat mendapat maklum balas daripada semua jabatan berkaitan.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pihaknya telah menerima garis panduan berkaitan pelaksanaan BDR, namun keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas penelitian menyeluruh dilakukan.

“Kita telah arahkan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mendapat maklum balas daripada setiap jabatan mengenai keperluan BDR sebelum dibincangkan semula untuk memastikan siapa atau di mana (jabatan) yang boleh laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Tadika dan Pusat Pendidikan Punjabi serta Telugu Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), hari ini.

Chow berkata jumlah penjawat awam yang mungkin terlibat masih belum dapat dipastikan kerana kerajaan negeri perlu menilai keperluan operasi setiap jabatan terlebih dahulu.

Dalam pada itu, beliau berkata Pulau Pinang telah lama melaksanakan penyediaan perkhidmatan bas khas ke Komtar, khusus untuk penjawat awam.

Beliau berkata sebanyak tujuh bas bersubsidi disediakan bagi membawa penjawat awam dari beberapa lokasi seperti Seberang Jaya, Jawi dan Balik Pulau ke Komtar dengan kadar bayaran RM150, manakala selebihnya ditanggung kerajaan negeri.

"Di samping itu, sebahagian penjawat awam juga menaiki bas percuma dari Bukit Mertajam ke Komtar, manakala bagi sektor swasta, kerajaan negeri menyediakan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) Bridge dari Seberang Perai ke Bayan Lepas sejak sekian lama,” katanya.

Beliau berkata semua maklumat daripada maklum balas akan digunakan sebagai asas pertimbangan sebelum sebarang keputusan berkaitan pelaksanaan BDR dibuat.

Sebelum ini, Chow berkata Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang memutuskan agar tidak melaksanakan dasar BDR bagi penjawat awam selepas mengambil kira ketiadaan keperluan mendesak.
Pada 1 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan dasar BDR membabitkan kementerian, agensi, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula pada 15 April ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#BDR
#penjawat awam
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan