awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang dilanda banjir kilat lagi

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
04/11/2017
10:58 MYT
Pulau Pinang dilanda banjir kilat lagi
Banjir kilat melanda di Jalan P. Ramlee dan Jalan Perak berikutan hujan lebat sejak tengahari tadi. --fotoBERNAMA
Hujan lebat sejak jam 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya George Town dan Seberang Perai dinaiki air.
Di George Town, antara kawasan terlibat ialah Kampung Masjid, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Kebun lama, Lebuh Carnovan, Jalan Anson, Halaman Bukit Gambir dan beberapa kawasan lain.
Menurut laporan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Timur Laut, paras air sungai di Sungai Pinang, Sungai Air Itam dan Sungai Dondang mencecah paras bahaya dengan masing-masing mencecah 2.83 meter, 6.58 meter dan 21.88 meter.
Tinjauan di sekitar Jalan P. Ramlee mendapati rumah penduduk di kawasan itu dinaiki air.
Manakala gerai di sekitar Astaka Jalan Perak juga dilaporkan dinaiki air menyebabkan sebahagian besar peniaga tidak dapat beroperasi kerana bimbang air semakin meninggi.
Beberapa batang jalan, antaranya Jalan Magazine, Lebuhraya Mayang Pasir dan Jalan Sungai Pinang ditutup sementara.
Selain itu, kejadian runtuhan bongkah batu dilaporkan berlaku di Jalan Tun Sardon namun difahamkan tiada lorong terhalang dan lalu lintas masih dibuka kepada pengguna.
Sementara itu, di Seberang Perai Tengah (SPT), lebih 20 kawasan dinaiki air termasuk Taman Siakap, Permatang Rawa, Taman Senangin dan Padang Lalang.
Laporan dikeluarkan JPS Daerah SPT menunjukkan, banjir berpunca daripada hujan lebat yang berterusan serta paras air sungai tinggi yang bertembung dengan kejadian air pasang, menyebabkan limpahan air berlaku dengan cepat.
Selain itu, sistem perparitan kampung dan taman yang dipenuhi sampah sarap menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik dan melimpah.
Turut dinaiki air ialah beberapa kawasan di Seberang Perai Utara (SPU) iaitu di Mak Mandin, Taman Bagan dan Taman Cantek yang melibatkan 10 buah rumah.
Sehingga jam 6 petang, tiada mangsa yang dipindahkan.
Pada September, hujan lebat yang berterusan menyebabkan beberapa kawasan sekitar George Town dinaiki air pada ketinggian antara 0.2 dan 0.3 meter.
Antara yang turut terjejas ialah di Bayan Baru, Bayan Lepas, Sungai Pinang, Batu Feringghi, termasuk beberapa kawasan di Seberang Perai.
Topic Berkaitan
#banjir
#George Town
#mangsa
#pulau pinang
#Seberang Perai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan