awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang haramkan mesin simulator selepas 2018

Bernama
Bernama
26/02/2017
23:46 MYT
Pulau Pinang haramkan mesin simulator selepas 2018
Keputusan itu diambil pada satu mesyuarat exco berikutan wujud kebimbangan mengenai peningkatan masalah sosial dan lambakan mesin seperti itu, termasuk yang memerlukan manusia mencuba nasib mengambil patung atau barang permainan menggunakan penyepit.
Kerajaan Pulau Pinang akan mengharamkan penggunaan semua mesin simulator atau mesin judi di negeri ini selepas 2018 bagi mengekang peningkatan masalah sosial.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu diambil pada satu mesyuarat exco berikutan wujud kebimbangan mengenai peningkatan masalah sosial dan lambakan mesin seperti itu, termasuk yang memerlukan manusia mencuba nasib mengambil patung atau barang permainan menggunakan penyepit.
Katanya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan dimaklumkan tentang peraturan baharu itu.
"Pada tahun ini, mesin simulator akan hanya dibenar beroperasi di hotel, pusat beli-belah dan pasar raya, tetapi selepas 2018, Pulau Pinang tidak akan lagi mempunyai sebarang mesin simulator," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan belia di pinggir hutan simpan Cherok Tok Kun di sini, Ahad.
Beliau berkata semua permohonan lesen untuk mesin simulator akan ditolak, manakala permohonan untuk memperbaharui lesen sedia ada tidak akan diluluskan selepas 2018. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#mesin
#pulau pinang
#simulator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan