awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang, Langkawi kerjasama tingkat daya saing sektor pelancongan negara

Bernama
Bernama
20/06/2022
23:00 MYT
Pulau Pinang, Langkawi kerjasama tingkat daya saing sektor pelancongan negara
Majlis menandatangani Surat Niat (LoI) antara kerajaan Pulau Pinang, yang diwakili Yeoh (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif LADA Nasaruddin Abdul Muttalib. - BERNAMA
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan bergabung tenaga dalam usaha meningkatkan daya saing sektor pelancongan dengan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan di rantau ini.
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PETACE) Yeoh Soon Hin berkata Pulau Pinang dan Langkawi merupakan antara kawasan tumpuan pelancongan popular dengan Pulau Mutiara mempunyai banyak tempat warisan budaya manakala Langkawi menawarkan keindahan alam semula jadi dan aktiviti pantai.
"Jika kita bekerjasama dengan negeri lain dan menarik pelancong untuk melawat destinasi Malaysia yang lain, kita akan melihat perbelanjaan pengembara dikekalkan di Malaysia, sekali gus membantu memberi kesan ekonomi kepada ekosistem pelancongan kita dan komuniti tempatan.
"Orang ramai sentiasa melihat Pulau Pinang dan Langkawi sebagai pesaing sedangkan hakikatnya kita adalah gandingan sempurna yang saling melengkapi untuk membuat pakej lengkap," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas majlis menandatangani Surat Niat (LoI) antara kerajaan Pulau Pinang, yang diwakili Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif LADA Nasaruddin Abdul Muttalib dengan disaksikan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Yeoh berkata Pulau Pinang dan LADA pada dasarnya telah bersetuju menubuhkan jawatankuasa kerja bersama bagi promosi silang khususnya lokasi yang disenaraikan UNESCO iaitu Geopark Global UNESCO Langkawi dan tapak rizab biosfera UNESCO di Bukit Bendera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#Langkawi
#pelancongan
#tarikan destinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan