awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera

Bernama
Bernama
03/02/2026
14:15 MYT
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Chow berkata tahun lepas kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM56.76 juta yang memberi manfaat kepada 290,629 penerima dalam pelbagai program di bawah inisiatif i-Sejahtera. - Gambar Facebook Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan dana sebanyak RM50.93 juta kepada 281,135 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2026 dengan pembayaran disalurkan mulai 7 Feb ini secara pindahan dana elektronik (EFT).

Ringkasan AI
  • Kerajaan Negeri Pulau Pinang peruntukkan RM50.93 juta kepada 281,135 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2026.
  • Bantuan merangkumi RM200 bagi Program Penghargaan Warga Emas dan Bantuan OKU, serta RM100 bagi Program Suri Emas dan Ibu Tunggal.
  • Permohonan selepas 10 Jan 2026 akan diproses untuk fasa kedua, sementara pemohon digalakkan mengemas kini maklumat akaun bank.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata peruntukan itu merangkumi 211,471 penerima Program Penghargaan Warga Emas; 42,674 penerima Program Suri Emas; 16,694 penerima Program Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU); dan 10,296 penerima Program Bantuan Ibu Tunggal.
"Bantuan ini merangkumi RM200 seorang untuk Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan OKU (RM200), Program Anak Emas (RM200 sekali beri (one-off) serta Program Bantuan Ibu Tunggal dan Program Suri Emas masing-masing RM100 seorang," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.
Chow berkata permohonan yang dikemukakan selepas 10 Jan 2026, akan diproses untuk pembayaran fasa kedua dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang i-Sejahtera.
Bagi memastikan kelancaran pembayaran, beliau menggalakkan pemohon untuk mengemas kini maklumat akaun bank masing-masing.
Beliau berkata tahun lepas kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM56.76 juta yang memberi manfaat kepada 290,629 penerima dalam pelbagai program di bawah inisiatif i-Sejahtera.
Chow berkata inisiatif berkenaan bukan sekadar bantuan kewangan semata-mata, tetapi merupakan satu bentuk pengiktirafan terhadap sumbangan serta peranan penting golongan itu dalam pembangunan sosial dan ekonomi negeri.
Program i-Sejahtera merupakan inisiatif kebajikan kerajaan negeri yang disumbangkan dalam bentuk kewangan secara setahun sekali kepada golongan rentan seperti warga emas, OKU, ibu tunggal, suri rumah dan bayi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kewangan
#warga emas
#OKU
#pindahan dana elektronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan