awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang rekod lebih 3,000 kes HFMD

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/06/2022
12:39 MYT
Pulau Pinang rekod lebih 3,000 kes HFMD
Jumlah kluster HFMD di Pulau Pinang turut menunjukkan peningkatan sebanyak 14 kali ganda iaitu 102 kluster.
GEORGE TOWN: Sebanyak 3,012 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Pulau Pinang berbanding 144 kes yang dicatat dalam tempoh sama, tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, sehingga minggu epid (ME) ke 21, jumlah kumulatif kes HFMD yang dilaporkan meningkat sebanyak 20 kali ganda.
Norlela berkata, daerah Barat Daya merekodkan kes tertinggi dengan 774 kes , diikuti Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dengan 632 kes , Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) 619 kes ,Daerah Timur Laut 596 kes dan Seberang Perai Selatan 391 kes.
Katanya, jumlah kluster juga turut menunjukkan peningkatan sebanyak 14 kali ganda iaitu 102 kluster berbanding hanya tujuh kluster yang dilaporkan tahun lalu pada tempoh sama.
“Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah 6 tahun iaitu sebanyak 2,744 kes (91.1%), diikuti oleh kumpulan umur 7 hingga 12 tahun iaitu 229 kes ( 7.5%). Manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu 39 kes (1.4%),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, media melaporkan, sebanyak 959 kes HFMD di rekodkan di Pulau Pinang sejak Januari hingga 7 Mei lalu berbanding 102 kes dalam tempoh yang sama pada 2021 dengan terdapat 54 kluster.
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sejumlah 71,471 kes HFMD di negara ini pada ME20/2022 iaitu peningkatan 28 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, peningkatan secara mendadak itu dilaporkan sejak ME 20/2022.
Katanya, sebanyak 691 premis penjagaan kanak-kanak di seluruh negara ditutup mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) manakala 146 ditutup secara sukarela berikutan penularan HFMD.
Topic Berkaitan
#HFMD
#pulau pinang
#Exco Kesihatan Negeri
#peningkatan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan