awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang tandatangani ikrar bebas rasuah

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
04/08/2017
05:19 MYT
Pulau Pinang tandatangani ikrar bebas rasuah
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad (tiga, kiri) menyaksikan bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Tambahan 10 Langkah Integriti oleh barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang. - Foto BERNAMA
Kerajaan negeri Pulau Pinang akhirnya menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan tambahan 10 langkah integriti, hari ini.
Bagaimanapun majlis itu tidak disertai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional kerana dipercayai tidak menerima undangan rasmi daripada kerajaan negeri.
Lafaz ikrar diketuai Ketua Menteri, Lim Guan Eng bersama seluruh ahli exco dan kepimpinan kerajaan negeri disaksikan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad.
Menurut Dzulkifli, pihaknya berpuas hati dengan komitmen kerajaan negeri Pulau Pinang yang akhirnya bersetuju menandatangani ikrar itu.
“Saya ni anak Pulau Pinang dilahirkan di Kepala Batas, jadi saya bimbang kerana negeri saya ni lambat hendak.
“Saya ketua pesuruhjaya SPRM, malu la kalau negeri saya tidak lafazkan IBR, tetapi alhamdulillah kita telah selesai hari ini,” kata beliau kepada pemberita.
Beliau berharap dua lagi negeri pembangkang iaitu Kelantan dan Selangor akan mengikut jejak Pulau Pinang.
“Jadi setakat ini pada minggu hadapan saya akan ada di Kelantan untuk program sama dan Selangor, saya tengah tunggu tarikh kerana belum dapat walaupun telah nyatakan kesediaan. Jadi kita tunggu lah tarikh yang sesuai bagi kedua- dua pihak.
“Alhamdulillah, kalau selesai seluruh negeri Malaysia, selepas ini adalah merupakan tangungjawab SPRM pula untuk pastikan lafaz ikrar itu dilaksanakan agensi kerajan negeri persekutuan atau kerajaan negeri ,” tambahnya.
Sebelum ini, SPRM dilaporkan kesal dengan keengganan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menandatangani IBR bagi menunjukkan komitmen untuk memerangi musuh nombor satu negara itu.
Topic Berkaitan
#Dzulkifli Ahmad
#IBR
#Ikrar Bebas Rasuah
#integriti
#Lim Guan Eng
#pulau pinang
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan